mama xde keje

hm...masa myra balik kampung seminggu
ni laa keje si mama kat umah..
selain nak lepas kan tension dengan keje office yang bertimbun
si mama melepaskan rindu dekat anak dengan edit gambar-gambar

hm...ni dis pics sweet sangat
tgk dia dah pandai main
satu peningkatan..yeah!!!!



ni plak pic si myra yang di sabotage dengan maksu
sian anak mama....heheheheh..
but she's look great n sweet (chewah,puji anak sendiri tu)



apapun..gelagat anak mama ni memanglaa sentiasa mencuit hati..
sepi kalau yasmin umaira xde umah..
x lengkap rasa family...

4 month old

hmm....myra dah 4 bulan?
cam x pecaya jer
pejam celik pejam celik dah 4 bulan

yelaa..akhir-akhir ni bz keje
meeting la, ni la tu laa...
even weekend pun, terpaksa keje
masa myra ckp 4 bulan, i cant spend my time with her
huhuhu...

but,what really make me happy is..
abah myra dah pandai laa mandikan si puteri hati
kalau dulu,kata risau laa sbb kecik
skrg dah boleh..
satu kejayaan untk hubby tersayang...
pasni senang laa sket rasa hati..
hehehehe...

Peningkatan si myra?
1- Dah boleh niarap



2-dah boleh SeNyum (so SweeT)



3- dah boleh jeRit...huhuhuhu
4-suka tgk tv... (bb sitter dia kata suka tgk upin ipin)
5-suka sangat kuar jalan.. (duduk umah,nk nangis je kejenya)

apapun..semoga yasmin umaira membesar dengan baik
cerdas akal,dijauhkan dari benda2 buruk
n semoga menjadi anak yang SOLEHAH (ameen)

Rama-RaMa & Wanita

terasa kesahihan cerita ni
sekadar renungan untuk wanita.....

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya.

Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan. Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya. Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.

Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa. Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban.

Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia.

Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya. Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan.

Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Nursery Oh Nursery-nightmare

saja je nak letak luahan yang dibuat masa antar anak dekat nursery bulan lepas..
dah xde keje laaa ni kan..heheheh

1 September 2009
dah start antar myra g nursery..rasa risau je so mama myra pun ambik laa cuti in case laa myra buat hal takut plak nursery x dapat handle..n dalam masa yang sama mama myra ni nak kemas umah (hehehehe) n masak untuk berbuka tup!!tup!! kejap je antar..dalam kul 12 dah ambik.. sedih rasa bila tgk myra macam "blur" n nangis bau pun semcam je..rasanya diorang x mandikan sbb towel yang mama provide masih x bersentuh dan terlipat rapi masa ambik dia nangis2..rupanya kelaparan...sian anak mama
2 September 2009
rasa cam nak cuti lagi je..sian myra...mula rasa bersalah kat dia mula teringat nak antar kampung..tapi mama n abah x ketahuan mati kutu plak, kerinduan kat si myra ni pagi antar macam biasa, tgh hari siap calling kakak yang jaga dia n the answer, cam biasa laa.. "dia ok je, dok tido" masa ambik myra..perkara sama berulang gak.. nangis cam ketakutan..balik rumah terus mama myra bancuh susu rupanya dia lapar...sian anak mama..rasa sayu je n mula terpk, diorang x bagi myra makan ke?huhuhuh dahla pampers pun tukar 2x je nasib baik b4 antar myra, dah tukar siap2... kalau laaa, mama myra ni kaya, dah lama berenti keje jadi full time housewife boleh jaga anak mama yang sorang ni..
3 September 2009
pagi antar myra gi nursery abah myra tanya, nape anak dia cam kelaparan diorang cam x caya...so, mama myra pun inform diorang pattern myra minum hm...agaknya diorang take it seriously la kot petang ni ambik myra,rasa lapang sket dada..release sket bila tengok senyuman manis si myra hope oklaa pasni...ca.......yang anak mama..muuuuuaaaahhhh!!!!!
7 September 2009
suara myra serak2 basah gitu
boleh si abah kata anaknya dah nak matured kot
rupanya si myra nak demam
ditambah batuk n selsema..sian anak mama
baru seminggu antar nursery dah camtu..
siap kena ambik neb lg..
12 September 2009
ee...geramnya
boleh ke dah inform kata nak ambik myra lunch hour
for check up
diorang still berani nak tunjuk kan belang
bengang betul bila tgk anakku masih lagi berbaju tido
x dimandikan..
rasa geram sangat
nak dimarah..takut diorang abaikan myra
nak x nak pendam n membebel kat hubby
sib baik dia nak dengar...
pas balik klinik terus cari pengasuh
cari punya cari adalaaa 2 orang
n we decided nk antar myra kat pengasuh no.2
bcoz of certain criteria..heheheh
17 September 2009
hari last antar myra ke nursery tu
without inform dianyer teacher
aku nekad nak berenti kan myra
sian tgk dia..
cara nursery nak sabotageku memang hebat
yang sengsara..yasmin umaira..huhu
antara yang diorang buat
1-biarkan anak ku kelaparan
2-x mandikan anak ku even dah kul 1.30p.m
3-x cuci dia nye poo poo
4-bila cuci, x bersihkan betul2
apapun kesengsaraan dah berlalu
si mama dan abah perlu buat yang terbaik untuk puteri hati
hmm...

BLoG..oh..BLoG

testing-testing
hm..this blog di create b'coz of my fren..Ros Syakimah..
dia yang encourage tuk buat blog ni
kata boleh bagi anak masuk macam2 contest.. (ye ke?)
selalunya dok baca blog dia and bloggers lain je
best gak buat blog ni ye...tapi skrg masih kurang arif
(saya budak baru belajar)
and i need Ima to help/guide me..plz!!!!hehehhe