FaMiLy Day



hmm..ni family day keluarga hubby
memang happening habis
ramai gila orang, tapi aku duduk terperap je kat bilik
dek x tahan panas yang luar biasa
and sian dekat myra
but masa part tangkap gambar
aku n myra x ketinggalan

bagus sebenarnya family day ni
banyak benefit yang boleh dapat bila dapat gathering camni
even relationship pun makin rapat
aku sampai x boleh nak ingat nama-nama
last year masa family day,myra still dalam tummy (",)
ni dah kuar dah pun..
dis year kitorang x take part pun in any event
next year x tahu laa aku boleh join ke x
(kena g kursus plak..huhu)

GELAGAT MYRA
si myra masa family day tu
asyik bising n main je
x nak tdo..pening pening
malam nak tido pun susah

nasib baik ada orang vacum kat luar
so si myra ni takut dengan bunyi vacum terus
tekap muka kat bantal tdo..heheheh..amat membantu mama yang dah letih

apapun semoga family day ni berterusan every year
majulah KELUARGA ABDULLAH MAULANA!!!!!

http://abdullahmaulana.com/

move out- (pening-pening)

hm...ni pic after dah move out dari umah lama
berselerak sakan umah
pening kepala pk, nak start dari mana dulu
sian abah, terpaksa angkut barang sorang2
bukannya xmau tolong
tapi tulaa...terpaksa memantau puteri hati yang dah makin ligat
menyusur dah macam kilat
x boleh tinggal..BAHAYA!!!

tgklaa aksi ni, beriya dia
abis rumah tu bersih si maira tolong mop
abis baju jadi kelabu
kalau baju putih xpayah cakaplaa
hm..hope bila besar nanti si maira ringan tangan
tolong mama n abah dia buat keje..hehehehe



bersih lantai...



tengok!!!pulun betul..hehehhe



pusing sana pusing sini...huhuhu (",)



xpe..hope maira besar nanti,rajin tolong mama n abah...ameen

Denggi?

hm...
sian ummi maira
tetiba je doc cakap postive denggi
cam x pecaya je..
ummi pas raya je terus admit ward

hm..si maira every time melawat ummi,
bukan main suka dia
bukan suka dapat jumpa ummi
tapi suka dapat explore katil hospital
(pening! pening!)
tengok la gelagat dia...ish..ish....
anak sape la ni!!!!

ni dengan maksu yang ganti ummi sakit..hehehe



ni plak maira bergaya dengan ummi n mama yg dah chubby



ni pic maira dengan ummi



ni dengan paklang yang teramat rajin n suka jaga maira

aidil adha (2)

hmmm...
raya ni si maira dah boleh pakai baju kurung
baju ni ummi yang buat, cantik kan
(ummi adalah gelaran grandma si maira)



ingat kan tak muat, tup!tup! boleh pakai plak.
nampak ayu plak si maira, even xde rambut..hehehe
(semoga rambut si maira menyubur dengan hebatnya seblum reach 1 year)..

raya aidil adha ni jugala
si mama,abah and si maira dapat snap pic together
hm..x penah bergambar se"skema"ni bersama



but,mama plak nampak chubby
i'm really look fat(salah baju kurung tu sebenarnya)
tapi xpelaa....pasni akan ku usaha untuk turunkan badan
sasaran 45kg akan ku capai (chewah!!angan-angan x ingat)
tapi bak motto sekolah lama dulu
aut viam invaniam aut faciam (betul ke eja ni lupa dah)
meaning-if there's a will, there's always a way..

aidil adha (1)

dah lama x coret apa2 dalam blog ni
bukan apa, kemalasan tengah mnguasai diri
ditambah pulak dengan kesibukan yang amat2..hmmmm

raya aidil adha ni, ingat x nak balik kampung
bukannya x semangat nak beraya
tapi memandangkan terpaksa berpindah umah
penat jer rasa nak berpindah ni..huhu
tapi oleh kerana orang-orang di kampung halaman tu
rindu sangat kat si yasmin umaira
terpaksa la kitorang bergegas pulang ke utara
(penat pk perjalanan 5 jam ni)

sian juga dekat si maira
kecik2 dah travel jauh..letih dia
tapi nasib baik si maira ni x banyak ragam
dia akan tido(bangun bila nak minum susu je)
so,mama maira pun xdela pening2 pk.
heheheh

new style (",)

smlm pegi alamanda
hm..ramai gila
alamanda ni sentiasa ramai
even xde apa. esp, time weekend,..bosan!bosan
tapi nak buat macam mana terpaksa pegi situ juga

haaa....hari ni, try m'sling' kan myra dengan cara baru...
seronok plak dia...hehehehhehe...
actuaLLY, dah try dulu kat umah b4 pegi
apa kata orang, practice makes perfect..
hahahhaa (iyolatu!!)

hm...dengan style baru ni,si myra senang tdo gak???ish..ish
anakku ini..memang suka betul di'sling'kan...hehehehe

ni dah tertido, tanpa disedari...


hm..nyenyak betul dia tdo (kalau dalam stroller, jangan mimpilaa)


haaa...ni dah, jaga..mata dah macam buntal anak ku ini..
huhuhu...dia seronok tgk orang ramai-ramai..

useful info ni...

It’s So Yummy Mummy!
Panduan menyediakan makanan kepada bayi.
1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.
2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.
3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.
4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.
5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.
6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.
7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.
8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.
9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.
10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.
11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.
12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.
13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.
14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.
15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.

Peringkat pemakanan bayi
Peringkat 1 (5-7 bulan)
• Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).
• Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.
• Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 – 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.
• Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:
1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).
2. Lenyekkan atau blender buah.
3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.

Peringkat 2 (8 – 11 bulan)
Bentuk makanan yang sesuai adalah sayur-sayuran seperti bayam, saleri (boleh membuatkan makanan menjadi wangi dan menyelerakan) sawi, carrot, brokoli, labu, keledek dan kentang.
Boleh beri bayi makan campuran sayur-sayuran yang direbus atau di steam sahaja atau boleh juga ditambah ke dalam bubur nasi.
Pastikan sayur-sayuran tersebut separuh masak sahaja bagi memastikan vitamin dan khasiatnya tidak hilang.
Ikan bilis, ayam atau ikan salmon juga boleh ditambah ke dalam bubur. Pastikan bubur dilenyek atau diblender terlebih dahulu.

Peringkat 3 (12 – 18 bulan)
Pada peringkat ini, air kopi, teh, dan kekacang masih belum sesuai diberi.
Jus buah-buahan yang segar seperti oren atau apple boleh diberi kepada bayi tetapi pastikan dicampur dengan banyak air masak.
Yogurt buah-buahan bukan citrus boleh mula diberikan kepada bayi sebagai campuran ke dalam fruits puree atau dimakan begitu sahaja semasa tea time.
Apabila bayi mencapai usia setahun, bilangan waktu makannya bertambah kepada 4 kali (breakfast, lunch, tea dan dinner). Contoh makanan yang sesuai:
• Breakfast (7.30 – 8.30 pagi): Sekeping roti bakar @ cereal+susu (nestum, cornflakes)
• Lunch (11.30 – 12.30 tgh): Nasi panas+sayur yang dipotong halus+ikan salmon@ayam
• Tea (3 – 4 ptg): Fruits puree + yogurt
• Dinner (6 – 6.30 ptg) : Keledek + kentang + carrot + daun saleri yang direbus sekejap, digaul bersama dan dilenyek.

sal solid foods

AGE/STAGE -

The AAP recommends that an infant not be started on solid foods until after 6 months of age. Many pediatricians still start babies on solids around 4 months of age. This chart accommodates all ages and stages up to 12 months.




CEREALS

Rice and Oatmeal cereals are the least of the allergenic grains and thus most babies are started out with those cereals. You don't HAVE to start with cereal - try avocado instead or banana.



FRUITS

May be served raw after 8 months old – bananas and avocados do NOT need to be cooked ever



VEGGIES

Always serve cooked until after 12 months old or when baby can chew well enough so that no choking hazard is present.



PROTEIN

Always serve cooked with no pink areas – NEVER give a small baby/child raw meat or fish



DAIRY

NEVER replace breast milk or formula until after 12 months of age – serious health risks are possible.

Never give a child under the age of 2yrs old low fat or skim milk products; whole milk is necessary.

BiLa BoLeh MaKan?????

hm...bila baby boleh makan ye?
some people said 4 months
but most articles said
that babies are ready to eat
once they reach 6 months old..
confuse!!!confuse!!!

ni ambik dari forum SI..
info-info macam ni bagus untuk saya
yelaa..baru 1st baby, so byk nk belajar
hmmm.....

How will I know when my baby's ready?

Some babies are eager and ready to eat solids at age 4 months, while others need to wait until they're closer to 6 months old. (By 6 months they need to start cereal because of an increased need for iron.) Your baby will give you clear signs when he's ready to move beyond liquid nourishment. Cues to look for include:
• Head control. To eat solids, your baby needs to be able to keep his head in a steady, upright position.

• Losing the "extrusion reflex." To keep solids in his mouth and then swallow them, your baby needs to stop using his tongue to push food out of his mouth.

• Sitting well when supported. Even if he's not quite ready for a highchair, your baby will need to be able to sit upright to swallow well.

• Chewing motions. Your baby's mouth and tongue develop in sync with his digestive system. To start solids, he should be able to move food to the back of his mouth and swallow. As he learns to swallow efficiently, you may notice less drooling. He may also be teething around the same time.

• Significant weight gain. Most babies are ready to eat solids when they've doubled their birth weight (or weigh about 15 pounds) and are at least 4 months old.

• Growing appetite. He seems hungry after eight to ten feedings of breast milk or formula in a day.

• Curiosity about what you're eating. Your baby may begin eyeing your bowl of rice or reaching for a forkful of fettuccini as it travels from your plate to your mouth.

MaRi Ber"Sling"

mari!mari!mari!!
best betul bersling ni
bukan nak ikut trend
tapi nak mudah kan kehidupan harian

masa mula-mula tu, tgk orang bersling rasa pelik je
(dalam hati kata, macam indon je!!)
selalu nampak orang pakai ring sling
x tau plak ada pouch sling (ish, jahil betul)
then one day, my officemate kak fiza datang bawa anak dia ke ofis
baby duduk dalam sling tu nampak cute je
rasa excited atau TERUJA seketika
hehehehe..yang amazingnya, kak fiza ni rajin buat sendiri
jahit plak mcam beli...kagum!!kagum

so, masa dalam pantang tu,
survey, survey la..jumpa la satu website ni (mommy's hug)
n terus berkenan di hati
so,saya n mama kesayangan terus membeli
without further delay...

ni nama nya reversible pouch sling..
material memang PUAS HATI laaa



boleh pakai dalam luar..cantik!!cantik!!



banyak advantages pakai sling ni...x pecaya, cubalaaa... (",)
saya dah cuba, memang amazing..
semua menjadi mudah
relation dengan anak plak bertambah-tambah..hehehhe
(sa...yang yasmin umaira)

walker



ni pic walker umaira
member2 ofis abah kat mahkamah yang bagi
bila tgk web sweet cherry, ada la pic and description walker ni

T10770 2in1 Fantasy Walker

Features : Suitable for babies approx 6 to 15 months
Multi-height adjustment
Detachable electronic play tray
Comes with rocking function


ish,,ish,,dah jelas nyata sesuai for baby 6 month
abah myra dah bagi si myra duduk masa weekend tu
bukan main seronok dia,jalan ngundur ke belakang plak tu
hehehhee..



hm..nampaknya kalau myra nak rasa seronok camtu lagi
kenalaa tunggu lebih kurang 2 bulan lagi.
heheheh..



ni semua utk masa depan..
so, kepada yang kekawan
plz remember,jangan bagi anak guna walker sampai tiba waktunye.. (",)

myra's progress

hm...pejam celik, pejam celik dah 4 bulan
cepatnya puteri hati encik razif & puan shima membesar
seronok rasa dapat tengok anak membesar depan mata..

hm..progress yasmin umaira:-



x sabar nak tengok next progress..
(bab ni sedih fikir ni)..huhuhuh

mama xde keje

hm...masa myra balik kampung seminggu
ni laa keje si mama kat umah..
selain nak lepas kan tension dengan keje office yang bertimbun
si mama melepaskan rindu dekat anak dengan edit gambar-gambar

hm...ni dis pics sweet sangat
tgk dia dah pandai main
satu peningkatan..yeah!!!!



ni plak pic si myra yang di sabotage dengan maksu
sian anak mama....heheheheh..
but she's look great n sweet (chewah,puji anak sendiri tu)



apapun..gelagat anak mama ni memanglaa sentiasa mencuit hati..
sepi kalau yasmin umaira xde umah..
x lengkap rasa family...

4 month old

hmm....myra dah 4 bulan?
cam x pecaya jer
pejam celik pejam celik dah 4 bulan

yelaa..akhir-akhir ni bz keje
meeting la, ni la tu laa...
even weekend pun, terpaksa keje
masa myra ckp 4 bulan, i cant spend my time with her
huhuhu...

but,what really make me happy is..
abah myra dah pandai laa mandikan si puteri hati
kalau dulu,kata risau laa sbb kecik
skrg dah boleh..
satu kejayaan untk hubby tersayang...
pasni senang laa sket rasa hati..
hehehehe...

Peningkatan si myra?
1- Dah boleh niarap



2-dah boleh SeNyum (so SweeT)



3- dah boleh jeRit...huhuhuhu
4-suka tgk tv... (bb sitter dia kata suka tgk upin ipin)
5-suka sangat kuar jalan.. (duduk umah,nk nangis je kejenya)

apapun..semoga yasmin umaira membesar dengan baik
cerdas akal,dijauhkan dari benda2 buruk
n semoga menjadi anak yang SOLEHAH (ameen)

Nursery Oh Nursery-nightmare

saja je nak letak luahan yang dibuat masa antar anak dekat nursery bulan lepas..
dah xde keje laaa ni kan..heheheh

1 September 2009
dah start antar myra g nursery..rasa risau je so mama myra pun ambik laa cuti in case laa myra buat hal takut plak nursery x dapat handle..n dalam masa yang sama mama myra ni nak kemas umah (hehehehe) n masak untuk berbuka tup!!tup!! kejap je antar..dalam kul 12 dah ambik.. sedih rasa bila tgk myra macam "blur" n nangis bau pun semcam je..rasanya diorang x mandikan sbb towel yang mama provide masih x bersentuh dan terlipat rapi masa ambik dia nangis2..rupanya kelaparan...sian anak mama
2 September 2009
rasa cam nak cuti lagi je..sian myra...mula rasa bersalah kat dia mula teringat nak antar kampung..tapi mama n abah x ketahuan mati kutu plak, kerinduan kat si myra ni pagi antar macam biasa, tgh hari siap calling kakak yang jaga dia n the answer, cam biasa laa.. "dia ok je, dok tido" masa ambik myra..perkara sama berulang gak.. nangis cam ketakutan..balik rumah terus mama myra bancuh susu rupanya dia lapar...sian anak mama..rasa sayu je n mula terpk, diorang x bagi myra makan ke?huhuhuh dahla pampers pun tukar 2x je nasib baik b4 antar myra, dah tukar siap2... kalau laaa, mama myra ni kaya, dah lama berenti keje jadi full time housewife boleh jaga anak mama yang sorang ni..
3 September 2009
pagi antar myra gi nursery abah myra tanya, nape anak dia cam kelaparan diorang cam x caya...so, mama myra pun inform diorang pattern myra minum hm...agaknya diorang take it seriously la kot petang ni ambik myra,rasa lapang sket dada..release sket bila tengok senyuman manis si myra hope oklaa pasni...ca.......yang anak mama..muuuuuaaaahhhh!!!!!
7 September 2009
suara myra serak2 basah gitu
boleh si abah kata anaknya dah nak matured kot
rupanya si myra nak demam
ditambah batuk n selsema..sian anak mama
baru seminggu antar nursery dah camtu..
siap kena ambik neb lg..
12 September 2009
ee...geramnya
boleh ke dah inform kata nak ambik myra lunch hour
for check up
diorang still berani nak tunjuk kan belang
bengang betul bila tgk anakku masih lagi berbaju tido
x dimandikan..
rasa geram sangat
nak dimarah..takut diorang abaikan myra
nak x nak pendam n membebel kat hubby
sib baik dia nak dengar...
pas balik klinik terus cari pengasuh
cari punya cari adalaaa 2 orang
n we decided nk antar myra kat pengasuh no.2
bcoz of certain criteria..heheheh
17 September 2009
hari last antar myra ke nursery tu
without inform dianyer teacher
aku nekad nak berenti kan myra
sian tgk dia..
cara nursery nak sabotageku memang hebat
yang sengsara..yasmin umaira..huhu
antara yang diorang buat
1-biarkan anak ku kelaparan
2-x mandikan anak ku even dah kul 1.30p.m
3-x cuci dia nye poo poo
4-bila cuci, x bersihkan betul2
apapun kesengsaraan dah berlalu
si mama dan abah perlu buat yang terbaik untuk puteri hati
hmm...

BLoG..oh..BLoG

testing-testing
hm..this blog di create b'coz of my fren..Ros Syakimah..
dia yang encourage tuk buat blog ni
kata boleh bagi anak masuk macam2 contest.. (ye ke?)
selalunya dok baca blog dia and bloggers lain je
best gak buat blog ni ye...tapi skrg masih kurang arif
(saya budak baru belajar)
and i need Ima to help/guide me..plz!!!!hehehhe